Isnin, Mac 22, 2010

Poligami: Pro Barat Atau Islam?





Saya mengambil masa yang panjang berfikir tentang tajuk poligami untuk ditulis di ruangan ini. Pasti lepas ini, mungkin ada wanita pembaca tulisan saya sejak sekian lama akan merajuk atau kurang senang.



Pohon saya ingin menyentuh juga tajuk ini bagi berbicara dengan lojik feminis sekularis yang cuba menilai isu ini dengan mentaliti Barat.



Secara umumnya, masyarakat ‘Barat’ ini menganggap seseorang lelaki memiliki perempuan simpanan atau mistress adalah perkara biasa. Bahkan menjadi trend di Barat ini untuk pasangan hidup bagaikan suami isteri tanpa perkahwinan yang diiktiraf. Bertukar-tukar atau menambah bilangan mistress bukanlah satu keganjilan. Namun pemikiran dan undang-undang mereka tidak menerima seseorang lelaki memiliki lebih dari satu isteri atau berpoligami. Poligami bagi mereka mempunyai unsur penghinaan terhadap wanita, atau unsur kerakusan nafsu lelaki. Sementara perempuan simpanan atau seks dengan wanita tanpa perkahwinan bukan satu penghinaan atau kerakusan nafsu. Eksploitasi setiap inci alur tubuh wanita dalam media mereka juga adalah bagi mereka lambang kebebasan dan kemerdekaan wanita. Adapun wanita muslimah yang menutup auratnya dengan rela adalah lambang kezaliman atau penghalangan hak wanita. Malang sekali, aliran ‘liberal melulu’ yang menghantui sesetengah pihak, termasuk di negara kita yang menonjolkan diri sebagai pejuang hak wanita, menelan cara fikir Barat ini lalu menjadikan isu poligami dan menutup aurat sebagai sasaran.



Berbalik kepada isu poligami, perkara yang selalu dibangkitkan adalah bahawa ia menafikan hak wanita atau merendahkan wanita. Padahal beza antara seorang isteri kedua, atau ketiga, atau keempat dengan seorang wanita simpanan begitu besar. Selain dari soal haram dan halal yang dilihat pada neraca agama, seorang yang berstatus isteri mempunyai hak ke atas suaminya; hak nafkah, hak keturunan anak, hak keadilan pembahagian hari dan harta, hak dihormati dan disayangi, hak untuk tidak dipersiakan apabila jemu dan berbagai lagi. Sementara seorang mistress yang ‘dijamah’ dalam senyap atau terang, boleh ditinggalkan tanpa pesan apabila jemu dan diratah apabila bernafsu, tiada apa hak yang boleh dituntut atas kekudusan perkahwinan. Mereka memandang sinis kepada poligami tapi menganggap fonomena biasa bagi perempuan simpanan. Poligami bagi mereka membawa ketidakadilan antara wanita. Mereka patut ditanya; apakah memiliki perempuan simpanan itu adil bagi wanita? Begitu juga, apakah hidup ‘berumahtangga’ tanpa kahwin itu penghormatan bagi wanita?



Ramai masyarakat Barat ini menyangka bahawa hanya Islam sahaja yang mengizinkan poligami. Padahal asalnya, seseorang lelaki Kristian diizinkan berkahwin sebanyak mana bilangan isteri yang dia suka, kerana Bible tidak menghadkan bilangan isteri. Hanya beberapa kurun kebalakangan ini gereja menghadkan bilangan isteri kepada satu. Poligami juga diizinkan dalam Yahudi. Ini berdasarkan undang-undang Talmud, di mana Nabi Ibrahim isterinya tiga, Nabi Sulaiman isterinya seratus. Perlaksanaan poligami berterusan dalam Yahudi sehinggalah Rabai Gersom Ben Yehudah (960-1030M) mengeluarkan perintah menentangnya. Namun masyarakat Yahudi Sephardic yang hidup di kalangan umat Islam terus mengamalkannya sehingga tahun 1950. Namun di Barat, trend hidup pragmatik yang mereka cipta menggantikan agama.



Islam apabila membenarkan poligami, seperti biasa menetapkan dalam setiap perkara peraturan dan disiplinnya. Soal berlaku baik dan adil kepada isteri, bukan sahaja diwajibkan untuk mereka yang berpoligami, bahkan kepada sesiapa yang bermonogami juga wajib melakukan kebaikan dan keadilan kepada isterinya. Jika ada kecuaian mereka yang berpoligami bukan bererti poligami itu buruk, tetapi sikap pelaksananya itu yang salah. Betapa banyak mereka yang monogami yang menzalimi isteri, tidak bertanggungjawab terhadap keluarga dan berbagai lagi. Apakah kerena tindakan salah mereka itu, maka monogami juga patut dilarang? Inilah mentaliti kelompok liberal yang tidak terurus pemikiran mereka.



Ramai isteri yang menghantar e-mail kepada saya bahawa mereka tidak dapat terima suami mereka berpoligami. Ya, itu adalah perasaan yang dikongsi oleh kebanyakan wanita. Apatahlagi jika suami mereka itu tidak menunaikan tanggungjawab yang baik selama belum berpoligami pun. Apabila Allah dan rasul-Nya mengizinkan poligami, pasti ia mempunyai hikmah yang tersendiri. Poligami adalah ubat yang dimakan di waktu perlu dan jangan memakannya jika anda tidak memerlukan. Poligami dalam sejarahnya, menyelamatkan wanita-wanita yang kehilangan suami seperti isteri tentera yang terkorban kerana umat. Mungkin mereka masih muda dan perlukan perlindungan. Jika diharapkan orang bujang, biasanya mereka mencari pasangan dara. Siapa yang akan mengambil tanggungjawab ini? Biasanya lelaki yang stabil dan matang mampu mengendalikan mereka. Mereka ini kebanyakan sudah berkahwin. Saya lihat dalam negara kita, poligami dapat membantu wanita yang baru menganut Islam yang kadang-kala tiada orang bujang yang dapat menjaga mereka dengan baik.



Wanita sama seperti lelaki terdedah kepada sakit dan ketidakmampuan seks. Jika suami tidak mampu dari segi seks, isteri boleh menuntut dipisahkan perkahwinan. Jika isteri tidak bermampuan dari segi seks, amat tidak wajar wanita yang lemah dan disakit ditinggalkan begitu. Namun, dalam masa yang sama naluri suami juga hendaklah diraikan. Poligami boleh menyelesaikannya. Begitu juga jika isteri tidak mampu melahirkan zuriat, apakah patut suami menceraikannya? Poligami sebagai penyelesaian keinginan kepada zuriat keturunan. Maka apabila Islam membenarkan poligami, ia adalah ubat. Barangkali juga ada isteri yang tidak terdaya melayan kehendak suami yang ‘tinggi’ dalam seks. Poligami juga jalan keluar dari beban ini. Kadang-kala ada lelaki yang berwibawa yang memampukan dia memiliki lebih dari seorang isteri yang diberi keadilan yang rata. Maka dalam sejarah Islam, poligami tokoh-tokoh telah membuahkan kebaikan ilmu, keluasan keluarga dan keturunan. Berbagai lagi hikmah poligami yang boleh disenarai panjang. Malang sekali, apabila golongan Pro-Barat atau ‘Islam-Liberal’ ini menyatakan tujuan mereka menentang pologami itu kerana hendak membela wanita, apakah pada mereka selain isteri pertama itu bukan wanita? Wanita itu, bukan isteri pertama sahaja, tetapi setiap yang berjantina wanita termasuk yang akan menjadi isteri kedua dan seterusnya. Perasaan dan kehendak mereka juga adalah tuntutan dan hak wanita yang perlu dihormati.



Pernah saya sebutkan bahawa kadang-kala hukum-hakam Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Poligami adalah salah satu ubat bagi penyakit yang bersesuaian dengannya. Menghalang zina dan membantu wanita. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini dia tidak disuruh meminumnya.



Poligami juga adalah jalan keluar kepada kehendak cinta di luar kawalan. Di zaman ini, untuk seseorang lelaki mendapatkan wanita secara haram, amatlah mudah. Namun jika ada lelaki yang ingin berkahwin sekalipun atas poligami yang membawanya menanggung berbagai risiko, saya rasa dia patut dihormati dan ada nilai tanggungjawab terhadap wanita. Cuma malangnya, poligami ini jika digunakan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab sehingga mencemarkan institusi berkenaan. Apatahlagi golongan anti poligami ini hanya menonjolkan contoh-contoh buruk poligami dan melupai contoh-contoh baik yang banyak. Lelaki-lelaki yang baik dan berkemampuan patut tampil membawa contoh yang baik dalam perlaksanaan poligami. Sementara yang tidak berkemampuan dan ‘lemah kewibawaannya untuk adil, maka janganlah memakan ubat yang tidak diperuntukkan untuk anda.







Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Rabu, Mac 03, 2010

FAIZAL TEHRANI MENGARUT LAGI

Maulid Tak Ada Fadhilat: Faisal Tehrani Sanggah TG Nik Abd Aziz
Written by Administrator
Thursday, 18 February 2010 04:18
Oleh Faisal Tehrani

Sekiranya laporan ini benar, maka saya terpanggil untuk membetulkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana 'bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan'.

Khabarnya, Datuk Nik Abdul Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbau wahabi yang amat "bahaya" iaitu: “Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.” Demikian menurut laporan (di sini)

Datuk Nik Aziz dilaporkan menambah: "Kita jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa. Kadang-kadang benda yang berlaku semasa ini tidak serupa dengan kehendak agama. Tetapi dengan sebab benda itu berlaku semasa bercanggah dengan agama, kadang-kadang menjadi masalah. Contohnya, Maulud Nabi." (Baca: Maulid ini konon bid'ah).

Saya amat terkejut dengan kenyataan ini jika ia benar. Saya akan memberikan sebab lojik mengapa bulan Maulud amat besar berbanding bulan Ramadhan.

i. Sila baca ayat 107 surah al-Anbiya: Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam. Oleh kerana itu (rahmat) baginda adalah bukan untuk orang tertentu sahaja, bukan untuk sahabat sahaja tetapi untuk setiap manusia dan makhluk (apa sahaja). Bahkan untuk seluruh alam semesta, gunung ganang, dan sekian petala bumi dan langit. Melangkaui zaman dan batas sempadan. Untuk manusia dengan apa jua warna kulit dan agama. Ia merentasi setiap entiti yang tidak terfikirkan dek akal.

ii. Lailatul Qadr pada bulan Ramadhan adalah malam turunnya malaikat, dan pemberian pengampunan yang besar tetapi tuan-tuan, kelahiran Rasulullah saw, kekasih Allah adalah jauh lebih besar daripada peristiwa tersebut. Kehadiran Nabi Muhammad jauh lebih penting daripada kejadian turunnya para malaikat. Bulan maulid adalah bulan anugerah Allah yang mempersembahkan Rasulullah untuk seluruh alam. Syafaat baginda mengatasi keampunan seribu lebih bulan. Ia valid dan relevan melebihi batas waktu.

iii. Bulan Ramadhan adalah bulan turunnya al-Quran, pewahyuan al-Quran amat bermakna buat umat Islam tetapi maulid adalah bermakna untuk seluruh alam semesta.

Memang beramal ibadat di bulan Ramadhan berlipat ganda pahalanya, tetapi mencintai Rasulullah saw (walau sekecil-kecil cara) terpandang di sisi Allah kerana baginda adalah kekasih-Nya. Kalau ada orang menyangka boleh meraih cinta Allah tanpa cinta Rasul maka ini pandangan batil.

Ajarlah agama yang sebenar kepada orang bukan Islam yang ramai dalam DAP.

Betul, UMNO mungkin tidak mengamalkan Islam sebenarnya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Tetapi PAS juga belum tentu (di mana jaminannya? siapa dapat jamin) mengamalkan Islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Islam yang diturunkan kepada Rasulullah saw telah pun berubah dan menyimpang sehingga cucunda baginda, Saidina Husin melancarkan gerakan reformasi/revolusi berdarah yang menumpahkan darah ahlul bait Rasulullah saw. Tragedi di Karbala tersebut telah membuka mata ramai umat Islam pada waktu itu. Inilah misi sebenar Saidina Husin. Tuan-tuan ingat mengapa Saidina Husin yang mulia serah kepala di Karbala sampai terputus dari badan?

Kalaupun UMNO benar tidak mengamalkan Islam yang dipandu oleh Nabi Muhammad saw, tetapi paling rendah dan paling tidak, perarakan berserta selawat yang ada; setidak-tidaknya menunjukkan satu ekspresi kecintaan buat baginda Rasul, kekasih Allah. Jika eskpresi yang paling kecil dan rendah (tetek bengek dan remeh temeh) ini pun diperkecilkan dan dinafikan maka di manakah letaknya keimanan kita kepada Rasulullah saw? Biarlah orang yang ingin berarak menunjukkan kasihnya kepada Nabi Muhammad saw berarak dan berselawat. Siapa tahu selawat dan peluh ketiak ketika berarak itulah yang akan menjadi saksi di hadapan Nabi Muhammad, berbanding kononnya kerja harakah Islam puluhan tahun yang kini bersulam riak perasan dan takbur angkuh di hujungnya. Lebih buruk, kerja hempas pulas harakah Islam itu sudah dibayangi oleh muslihat politik yang kotor dan menjijikkan. Digelumangi oleh tingkah laku politikus yang memualkan.

Di akhirat nanti kita akan bangkit dengan kekasih kita. Jika kita cinta Rasulullah saw, maka kita Insya-Allah bangkit bersama baginda. Belum tentu tukang sapu sampah yang bermodal selawat terbuang di sisi baginda berbanding seorang khalifah atau menteri besar yang mendabik dada menjalankan Islam.

Jika tuan-tuan lebih cinta Mursyidul AM PKR maka tuan-tuan akan bangun bersama dengannya. Jika tuan-tuan lebih cinta khalifah Lim Guan Eng, maka bersama dialah tuan-tuan akan bangkit kelak. Jika tuan-tuan lebih cintakan Perdana Menteri, boleh bangkit di akhirat nanti dengan dia. Saya tak nak bangkit dengan semua di atas.

Tanya dengan pendosa mana sekalipun dia akan jawab hendak bangkit dengan Nabi di akhirat kelak. Itu tandanya bulan Maulud amat besar.

Saya, yakni kita nak bangkit dengan siapa?

Kita ingin bangkit bersama Rasulullah saw dan ahlul baitnya yang suci, iaitu Saidina Ali, anakandanya Saidatina Fatimah Zahra (penghulu wanita di syurga), Saidina Hasan dan Husin (penghulu pemuda di syurga). Rujuk bunting yang diarak anak-anak dalam foto di atas. Belajar meluahkan perasaan cinta kepada Nabi Muhammad, dengan cara paling kecil dahulu pun tidak mengapa.

* Mempertahankan cinta buat Rasul jauh lebih besar. Tidak, saya bukan juak UMNO. Saya juga tidak rela sebuah jemaah Islam punah ranah kerana strategi politik yang mencemarkan. Saya mencintai Islam yang sebenar-benarnya ditunjukkan oleh Rasulullah saw, dan dipeliharai oleh ahlul bait baginda serta sejumlah sahabat yang berada di jalan lurus

Sumber: http://tehranifaisal.blogspot.com/

SYIAH MEMANG MENGARUT. MEREKA NI TAK BACA AL-QURAN KE? TAK TAU KE ALLAH TELAH BERFIRMAN DI DALAM AL-QURAN MAKSUDNYA " JIKA KAMU INGIN DICINTAI OLEH ALLAH, MAKA IKUTILAH AKU , NESCAYA KAMU AKAN DIKASIHI OLEH ALLAH". KITA KALAU CINTA DENGAN SESEORANG, KITA SANGGUP LAKUKAN APA SAJA YANG DISURUH OLEHNYA, IKUT JEJAK LANGKAHNYA. DALAM AYAT DIATAS JELAS ALLAH SURUH KITA IKUT NABI MUHAMMAD S.A.W. PARA SAHABAT ADALAH MEREKA YANG PALING MENGASIHI RASULULLAH S.A.W, PARA TABIEN MENGIKUTI PARA SAHABAT DALAM MENCINTAI RASUL S.A.W. PENAH KE KITA DENGAR ZAMAN SAHABAT DAN TABIEN MEREKA BUAT MAULID? TAK PERNAH. KALAU ZAMAN MEREKA TAK ADA, ZAMAN BILA PULAK WUJUD MAULID NI? MASA SYIAH FATIMIYYAH MEMERINTAH MESIR. INGAT! SYIAH DISISI AHLUSSUNNAH TERKELUAR DARI ISLAM. TELAH SAMPAI KEPADA KAMI BAHAWA NABI PERNAH BERSABDA BARANGSIAPA MENGIKUTI SESUATU KAUM ITU, MEREKA TERMASUK DALAM GOLONGAN KAUM TERSEBUT. NAUZUBILLAH. AL-QURAN MELARANG KITA BERCAKAP SESUATU YANG KITA TAK BUAT. KITA KATA KITA CINTA RASUL, KONON DENGAN TUNJUK BERMAULID SETAHUN SEKALI TU. TAK PAYAH LA. YANG PATUT KITA BUAT IALAH CHECK WUDUK KITA TELAH IKUT RASUL KE TIDAK. DAH TAU HADISNYA ATAU TIDAK. SOLAT KITA DAH IKUT CARA YANG RASUL BUAT KE TIDAK? DAH TAU HADISNYA. BANGUN PAGI DAH IKUT SEBAGAIMANA YANG RASUL TUNJUK KE TIDAK. DAH TAU HADISNYA. COME ON MAN! INI BARU CINTA RASUL KALAU SEMUA SELOK BELUK KEHIDUPAN KITA DAH KITA PASTIKAN MENGIKUT APA RASUL TUNJUKKAN. BUKAN DENGAN BUAT BENDA-BENDA YANG TAMBAHAN TU. MEMENATKAN. TAK DISURUH. TAK DE DALIL YANG SURUH TUNJUKKAN BERARAK TU. KALAU WAKTU YANG KITA LUANGKAN UNTUK BERARAK TU, KITA GUNA UNTUK CARI HADIS NABI BERKENAAN WUDUK, SOLAT, ATAU BACA SIRAH RASUL KAN KE BAIK. SYIAH NI MEMANG MENGARUT. DAH TU TUDUH PARA SAHABAT BAGINDA KAFIR PULAK TU. BODOH BETUL LA SYIAH NI. ULAMAK AHLUSSUNNAH DAH SEPAKAT, YANG DIKATAKAN SAHABAT TU BUKAN ORANG MUNAFIK, ORANG KAFIR. TAK DIKATAKAN SAHABAT WALAU PUN ORANG TU SEMPAT BERJUMPA DENGAN RASULULLAH TAPI MASIH KAFIR, ATAU DIKENALI SEBAGAI MUNAFIK.