Ahad, Julai 12, 2009

Penyaksian

Oleh : ahyimy
"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah juga yang menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu'."- Surah Ali Imran ayat 26.
Pada hujung tahun 2008 yang lalu, ketika saya berada di tingkat 17 bangunan pejabat tempat kerja, waktu petang, saya telah membaca terjemahan Al-Quran (surah Al-Mulk) berkenaan perintah Allah agar memerhatikan burung-burung yang terbang diudara , dalam ayat tersebut, Allah telah bertanya kepada manusia, siapakah yang memegang burung tersebut jika bukan Allah. Lantas terlintas dalam hati saya, maksud ayat tersebut. Adakah ayat tersebut bermaksud burung-burung yang sedang terbang ke sana dan ke mari? Saya sedang memikirkan jika ayat tersebut bermaksud begitu, akan ada dikalangan mereka yang engkar terhadap Kalamullah ini yang menjawab bahawa itu biasa kerana burung tersebut mempunyai sayap, yang dikibas untuk terbang dan sebagainya. Dalam memikirkan perkara itu tak semena-mena saya terpandang seekor burung yang jelas kelihatan setara dengan tingkat 17 dari tingkap pejabat saya yang sedang 'terapung-apung' di udara. Saya menggunakan perkataan 'terapung-apung' kerana burung tersebut tidaklah nampak bergerak ke kanan atau kekiri, ke atas atau ke bawah, sebaliknya 'terapung-apung". Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu tanpa ada sesuatu pun yang sia-sia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan